before Herbalife

before Herbalife

after Herbalife

after Herbalife

Kisah Hidupku bersama Nikita

Monday, January 2, 2012


Semua yang diceritakan disini adalah kisah benar hidupku.


Hari ini ku terbangun dari tidur lenaku, pandanganku segera tertumpu ke arah dinding yang dipenuhi poster avril lavigne, terdengar bisikan nyamuk berkumandang di lubuk telingaku. Dalam sayup-sayup hujan yang menerpa ke arah bumbung rumahku, dengan secara tiba-tiba dan tidak sengaja, terdetik di hatiku melihat gambar kenanganku bersama Nikita, arwah kucingku yang memiliki bentuk badan yang gebu dan kecomelan tahap gampang yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.




Sedang aku membelek album gambar kenanganku bersamanya, nostalgia itu mula bermain di kepala benakku yang dipenuhi neutron-neutron dan molekul-molekul zarah yang bercantum dalam keadaan songsang antara satu sama lain. Pagi itu, salji turun dengan lebatnya menyebabkan Tatiuc diselubungi warna warni keputihan umpama bunga yang sedang mekar di hati sanubariku. Aku, mahasiswa Tatiuc yang berukuran 165cm tepat dan berat badan 55 kg sesuai dan ideal dengan ketinggianku memulakan langkah di hari pertama sem 2 Tatiuc. Segelas air oligo yang pernah menjadi minuman kegemaran Aaron Aziz ku teguk dengan penuh bergaya dan dihabiskan dalam masa yang teramat singkat.




Dalam kesilauan mentari pagi yang memecah kamar tidurku, aku mengambil masa setengah jam masa berkualiti di dalam tandas untuk bersiram sambil menghitung hutang perbelanjaan yuranku di sini. Selesai mandi, aku menyarung erat baju berkolar bengkel yang menjadi lambang keutuhan dan kesucian budaya rasmi di Tatiuc. Sedang aku bersiap,telefon bimbit samsung galaxy w yang baru seminggu aku kutip berhampiran pondok pengawal Tatiuc berbunyi. Mesej dari Arkib Seni Negara mengatakan aku telah menang proton saga dalam peraduan mari mewarna sempena hari kemerdekaan negara cukup untuk membuat diriku terpaku.



Namun, aku tidak boleh terlalu menonjolkan kemenanganku itu sekarang. Cukuplah sekadar mukaku menghiasi ruang utama akhbar-akhbar pada esok hari. Tepat pukul 8.30 pagi, aku menaiki ski ke kelas yang terletak jauh di pedalaman kolej. Seharian di kelas, aku berasa amat gembira kerana berjumpa dengan rakan-rakan seperjuanganku yang terdiri dari sepelosok dunia digital, kayangan, dan juga mistik. Dalam perjalanan pulang, sudut penglihatan aku tertumpu ke suatu sudut di bucu tong sampah fakulti teknologi kejuruteraan elektronik dan automasi. Aku mulai mendekati objek yang mencurigakan itu dengan penuh rasa ingin tahu. Jantungku berdegup kencang, tanganku terketar-ketar,mukaku pucat,alangkah terkejutnya aku apabila objek itu sebenarnya adalah raksasa metamorphosis zebracintosh yang diuar-uarkan akan menakluki bumi ini dalam keluaran khas majalah ujang edisi raya 548.




Aku menjerit meminta tolong namun apakan daya, dunia di sekelilingku mulai gelap, rupanya makhluk itu telah mengaktifkan pintu misketcharmoniston yang mana di operasikan berdasarkan hukum ohms’s law. Aku mulai merasa cemas dan memikirkan nasib diriku yang belum menebus hadiah kereta proton saga itu. Dalam kekalutan itu, aku terdengar bisikan suara dari belakang yang menyeru namaku supaya melawan kuasa jahat itu dengan cakar kucing yang tiba-tiba muncul di tangan kananku. Aku dengan sendirinya bergerak dan melancarkan serangan pembunuh anak naga berahi yang tepat ke dada makhluk itu sebelum samar-samar dunia sekelilingku menjadi normal.




Aku mulai mencari suara yang membantuku itu. Yang terlihat olehku hanyalah seekor kucing yang lusuh dan berkarat. Kucing itu bersuara dan aku sedikit terkejut namun masih berlagak tenang. Dia memaklumkan dia adalah ejen sulit yang dihantar dari Arkib Seni Negara untuk memberikanku Kunci kereta saga yang ku menangi untuk ditebus sendiri di kedai kereta Hup Seng Kemaman namun tidak menyangka akan berjumpa dengan serangan hendap dari raksasa metamorphosis zebracintosh sebelum ia menggunakan tubuhku bagi melawan anasir jahat itu. Dia juga menjelaskan yang dia ingin berhenti bekerja dan memulakan kehidupan baru disini sebagai kucing normal dan pada masa itulah aku memberikannya gelaran nikita.




Semenjak dari hari itu, aku dan nikita tinggal bersama-sama dan meneruskan kehidupan ibarat adik beradik sebelum akhirnya beliau kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung pada usia 42 tahun.Semua memori itu masih segar di mindaku dan akan aku ceritakan kepada anak cucuku serta pembaca-pembaca blogku yang mungkin ragu-ragu dengan kesahihan fakta cerita hidupku ini. Tapi percayalah, yang walaupun hanya pada segenggam bara, cinta dan sayangku pada nikita tidak akan luput.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back to top